Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 20 November 2018

'Kutuklah… saya tak kisah'


AKRAM Mahinan. - NSTP/Adzlan Sidek

'Kutuklah… saya tak kisah'




KUALA LUMPUR: Akram Mahinan dikritik hebat oleh netizen yang menyifatkan pemain tengah itu tidak kreatif dan malas selepas tiga persembahannya bersama skuad Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF 2018.



Namun pemain tengah bertahan itu mengakui akan sentiasa ada yang tidak berpuas hati dengannya namun enggan komen negatif itu menjejaskan fokusnya bagi membantu skuad negara mengulangi kejayaan edisi 2010.



"Mereka boleh katakan apa sahaja yang mereka mahukan, saya tidak ada masalah dengan itu," kata pemain berusia 25 tahun itu.




Namun, Akram mengakui kesilapannya membolehkan Vietnam meledak gol kedua pada aksi yang berlangsung di Hanoi, Jumaat lalu susulan kegagalannya mengemudi bahagian tengah.



"Gol kedua ketika menentang Vietnam itu adalah kesilapan di bahagian tengah dan kami dihukum. Jadi untuk aksi seterusnya bertemu Myanmar, kami perlu menumpukan perhatian bagi memastikan perkara sama tidak berulang."



Akram yang pernah berada di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe sebelum ini dilihat sudah menyesuaikan diri dengan perancangan taktikalnya selepas pernah beraksi dalam taktikal sama ketika di Kedah namun menegaskan masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki.



"Pada pandangan saya, pasukan sudah menunjukkan peningkatan khususnya pada aksi bertemu Vietnam tetapi kita perlu memperkemas lagi gerakan terutamanya ketika menembusi kawasan lawan untuk menjaringkan gol.



"Saya masih perlu bekerja keras untuk membantu pertahanan pasukan dan menghentikan serangan balas pantas lawan.



"Masih ada banyak peningkatan yang perlu ditunjukkan dan ia masih belum cukup untuk membawa kami ke final. Saya perlu lebih bersungguh-sungguh," katanya.



Malaysia akan bertemu Myanmar pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini bagi menentukan tiket ke separuh akhir memandangkan skuad negara kini menghimpun enam mata menerusi dua kemenangan dan satu kekalahan.


- bharian.com.my
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog