Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 21 November 2018

Malaysia berpeluang juarai kumpulan A


AKSI pemain Myanmar (jersi merah) cuba diasak pemain Vietnam pada aksi Kumpulan A di Stadium Thuwunna, Yangon. - Foto AFF Suzuki Cup

Malaysia berpeluang juarai kumpulan A



KUALA LUMPUR: Perebutan juara Kumpulan A Piala AFF 2018 masih terbuka luas selepas Myanmar seri 0-0 dengan Vietnam di Stadium Thuwunna, Yangon, sebentar tadi.



Keputusan seri itu membolehkan kedua-dua pasukan terikat dengan tujuh mata, diekori rapat Malaysia di tangga ketiga dengan enam mata sekali gus menyaksikan pertembungan terakhir menjanjikan aksi lebih sengit bagi merebut tiket ke separuh akhir.



Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe perlu menewaskan Myanmar pada aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini untuk layak ke separuh akhir dan juara kumpulan akan berada dalam genggaman mereka sekiranya Kemboja mampu mengekang Vietnam daripada meraih mata penuh dalam satu lagi aksi Kumpulan A.




Myanmar terlebih dahulu menguji gawang Vietnam hasil percubaan Aung Lwin Moe namun diselamatkan Dang Van Lam pada minit ke-24 bagi memastikan pintu gol pasukannya terus kebal selepas tidak dibolosi dalam dua perlawanan terdahulu.



Vietnam hampir meledak gol pembukaan menerusi percubaan Phan Van Duc pada minit ke-36 namun Myanmar bernasib baik apabila percubaan pemain itu sekadar mengenai tiang sebelum rembatan Nguyen Quang Hai diselamatkan Kyaw Zin Thet seminit berselang.



Permainan bertambah rancak pada babak kedua apabila kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan menerusi percubaan Bo Bo Hlaing (Myanmar) pada minit ke-52 sebelum giliran Nguyen Cong Phuong (Vietnam) seminit berselang disusuli percubaan Que Ngoc Hai (Vietnam) pada minit ke-59 namun masih gagal memecah kebuntuan.



Keputusan 0-0 kekal hingga wisel penamat dan memaksa kedua-dua pasukan berpuas hati berkongsi satu mata.



Sementara itu, satu lagi aksi Kumpulan A menyaksikan Kemboja meraih kemenangan pertama selepas menundukkan Laos 3-1 di Phnom Penh.



Gol Kemboja dijaringkan Chan Vathanaka (m-18), Prak Mony Udom (m-35) dan Keo Sokpheng (m-77) manakala gol saguhati Laos disumbang Somxay Keohanam (m-76).



- bharian.com.my
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog