Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 22 November 2018

Kedah 'Red E Girl' tetap waspada


SKUAD bola sepak wanita Kedah dikenali 'Red E Girl' sedia buru kemenangan menentang Selangor pada saingan separuh akhir Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) di Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang. - Foto IKHSAN KFA

Kedah 'Red E Girl' tetap waspada



ALOR SETAR: Berbekal keazaman tinggi mengiringi skuad bola sepak wanita Kedah 'Red E Girl' dalam memburu kemenangan ke atas Selangor pada peringkat separuh akhir Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) di Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang yang dijadualkan pada 8 Disember ini.



Kedah mahu memastikan langkah mereka terus ke depan selepas meraih kejayaan pada perlawanan minggu ketiga baru-baru ini dengan menewaskan Negeri Sembilan (9-0), Pulau Pinang (1-0) dan seri dengan Melaka United SA (2-2) sekali gus meletakkan kedudukan mereka sebagai juara kumpulan.



Ketua jurulatih Zulkifli Jaafar berkata, setiap pemain perlu bersiap sedia dengan mental fizikal serta keazaman yang tinggi dalam usaha memburu kejayaan yang disasarkan pada musim ini.




Namun di sebalik rekod cemerlang dengan aksi tanpa kalah dalam tujuh perlawanan, beliau tetap tidak mahu mendabik dada di atas pencapaian berkenaan.



"Kami tidak menganggap pasukan kami sebagai pilihan walaupun menampilkan rekod yang baik dan pernah menewaskan Selangor 3-0 pada perlawanan peringkat kedua sebelum ini."



"Siapa sahaja lawan kami, pada peringkat separuh akhir ini bakal menjadi pentas berbeza dan kami jangkakan perlawanan akan menjadi lebih sengit dan tidak semudah yang dijangka," katanya.



"Melangkah ke separuh akhir memerlukan perancangan yang tepat. Walaupun berjaya menjaringkan gol awal, kita juga perlu bijak mengatur gerakan agar tidak bolos terutama di hujung perlawanan yang mengakibatkan kerugian.”



Selain Kedah dan Selangor, dua lagi pasukan yang akan berentap di peringkat separuh akhir pada kejohanan piala berprestij itu adalah Sabah dan Melaka.



- bharian.com.my
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog