Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 23 November 2018

Malaysia lemah cipta peluang gol - Jurulatih Myanmar


PEMAIN Malaysia, Farizal Marlias, bersalaman bersama pemain Myanmar, Ye Yint Aung (dua dari kiri), ketika sidang media menjelang perlawanan Piala AFF diantara Malaysia menentang Myanmar di Stadium National Bukit Jalil. Turut hadir, Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe, Jurulatih Myanmar, Antoine Hey. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Malaysia lemah cipta peluang gol - Jurulatih Myanmar




KUALA LUMPUR: Jurulatih Myanmar, Antoine Hey percaya polisi penggiliran pemain yang digunakan dalam perlawanan Piala AFF sebelum ini akan membuahkan hasil apabila berdepan Malaysia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.



Ketika ini, Myanmar berkongsi tujuh mata dengan Vietnam, namun menduduki tangga teratas Kumpulan A, dengan perbezaan jaringan dan hanya memiliki kelebihan satu mata berbanding Malaysia di tempat ketiga.




Skuad kendalian Hey hanya perlu seri untuk mara ke separuh akhir, dengan Vietnam hampir pasti melengkapkan senarai empat pasukan terakhir apabila dijangka tidak berdepan masalah menewaskan Kemboja di laman sendiri, esok.




Jurulatih berusia 48 tahun itu yang dilantik pada Mei lalu berkata: "Kami memiliki skuad terbaik kerana tidak ada pemain yang digantung perlawanan atau cedera.



"Motivasi kami amat tinggi dan yakin untuk mendapatkan tiga mata.



"Pemain saya tidak sabar untuk berdepan Malaysia dan penyokong mereka di sini. Ini adalah perlawanan keempat kami dalam tempoh 12 hari, tetapi ia bukannya satu masalah kerana saya menggilirkan pemain dalam kejohanan ini.



"Saya merehatkan dua pemain utama ketika seri 0-0 dengan Vietnam. Saya tidak menurunkan lima pemain utama ketika menang ke atas Laos (3-1) dan Kemboja (4-1), jadi saya mahu pemain yang betul-betul cergas bagi perlawanan ini.



"Kami akan mengikut perancangan yang diatur dan melakukan yang terbaik. Saya juga mempunyai pemain yang bagus di bangku simpanan sebagai pilihan jika saya membuat keputusan menukar taktik ketika perlawanan,”



Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mengalahkan Myanmar sejak menang 2-0 dalam aksi persahabatan tujuh tahun lalu di Kota Bharu, Kelantan.



Sejak itu, Myanmar menewaskan Malaysia dua kali dengan keputusan 1-0 dan seri tanpa jaringan sebanyak dua kali.



Jurulatih kelahiran Jerman itu berkata, beliau sudah menganalisa perlawanan Malaysia sebelum ini dan pemainnya bersedia untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan pasukan tuan rumah.



"Malaysia bagus dalam mengekalkan penguasaan bola dalam tempoh lama. Bagaimanapun mereka tidak tahu bagaimana mahu mencipta peluang menjaringkan gol.



"Mereka bergelut menentang Kemboja dan Laos dan mereka dihukum oleh Vietnam meskipun menguasai permainan," tambah Hey.



- bharian
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog