Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 20 November 2018

Kashima dominasi calon anugerah AFC


KENTO Misao

Kashima dominasi calon anugerah AFC



HONG KONG: Pemenang Liga Juara-Juara Asia, Kashima Antlers mendominasi pencalonan bagi anugerah Pemain Lelaki Terbaik Asia selepas Kento Misao dan Yuma Suzuki disenaraikan untuk merebut anugerah tahunan Konfederasi Bolasepak Asia itu, hari ini.



Misao dan Suzuki menjadi tonggak utama Kashima dalam merangkul kejuaraan benua pertama itu selepas mengalahkan kelab Iran, Persepolis pada aksi final timbal balik awal bulan ini.



Dua pemain Jepun itu akan bersaing hebat dengan pertahanan kanan kelab Qatar, Al Sadd, Abdelkarim Hassan.




Majlis anugerah itu akan berlangsung di Muscat, Oman pada Rabu depan.



Jurulatih Kashima, Go Oiwa antara yang turut dicalonkan bagi anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik bersama Ravshan Khaydarov yang membimbing Uzbekistan menjuarai Kejohanan B-23 Asia awal tahun ini dan pengendali Air Force Club dari Iraq, Basim Qasim Hamdan yang merangkul Piala AFC.



Pemenang anugerah Pemain Wanita Terbaik Asia, Samantha Kerr dari Australia sekali lagi dicalonkan untuk merebut anugerah itu namun kali ini dia dicabar Wang Shuang dari China serta pemain Paris Saint-Germain dari Jepun, Saki Kumagai. - Reuters
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog