Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 19 November 2018

Itu cara saya: Cheng Hoe


KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe. - NSTP/Asyraf Hamzah

Itu cara saya: Cheng Hoe



KUALA LUMPUR: "Setiap jurulatih ada cara dan gaya permainan sendiri dan saya tahu apa yang terbaik untuk pasukan kita".



Demikian jawapan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang menepis dakwaan bekas pemain kebangsaan era 80-an, Bakri Ibni yang mempertikaikan taktikal pasukan ketika tumbang 0-2 kepada Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Jumaat lalu.



Jelas Cheng Hoe, kekalahan pertama skuad negara dalam Kumpulan A kempen Piala AFF 2018 bukan disebabkan kesilapan taktikal yang menekankan aspek menyerang, tetapi akibat kelalaian pemain yang hilang fokus ketika diasak.




"Keutamaan dalam bola sepak adalah penguasaan perlawanan, kerana di situlah disiplin bertahan yang terbaik di mana kita boleh menyimpan bola lama daripada membenarkan pasukan lawan merampasnya.



"Dia (Bakri) nak cakap apa cakaplah. Setiap jurulatih ada cara dan permainan yang mahu dipraktikkan.



“Saya rasa pemain sudah boleh terima dan faham falsafah yang kita terapkan, cuma sebab hilang fokus menyebabkan gawang pasukan dibolosi," katanya ketika dihubungi Sukan NSTP.



Semalam, Bakri yang juga bekas wira skuad Olimpik 1980 itu menyalahkan taktikal Cheng Hoe yang masih menekankan aspek menyerang daripada menggunakan strategi bertahan ketika Malaysia hanya hadir selaku pasukan pelawat di Hanoi.



Tuan rumah dilihat lebih gemar berkubu dan menunggu kehadiran jentera serangan negara - terdiri daripada Norshahrul Idlan Talaha, Mohamadou Sumareh, Shahrel Fikri Md Fauzi dan Akhyar Rashid dengan sekali sekala mengharapkan serangan balas.



Ternyata, taktikal skuad The Golden Dragons yang dibimbing pengendali dari Korea Selatan, Park Sang-heo itu menjadi apabila dua peluang yang diperolehi berjaya dimanfaatkan sebaiknya untuk menjaringkan dua gol pada setiap babak.



"Secara keseluruhan, kita bermain bagus dan ada peningkatan daripada dua perlawanan terdahulu ketika menang dengan Kemboja (1-0) dan Laos (3-1).



"Cuma kita main dengan pasukan yang lebih bagus. Sebab itu apabila kita hilang fokus, mereka akan gunakan peluang yang diraih untuk menghukum kita," katanya.



Sebelum ini, Cheng Hoe pernah menjulang kejuaraan Piala AFF pada 2010 bersama Datuk K Rajagopal dengan beliau bertindak selaku penolong jurulatih.



Mengulas mengenai aksi menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, Cheng Hoe memberi rehat sehari kepada pemain sebelum kembali menjalani latihan esok bagi menghadapi pertemuan hidup mati itu.



"Memang ada seminggu untuk persediaan, apa yang penting kita perlu memulihkan motivasi pemain.



“Keyakinan pemain perlu dipertingkatkan kerana kita tiada cara lain untuk memastikan tiket ke separuh akhir kecuali menang," katanya.


- bharian.com.my
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog