Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 19 November 2018

Safawi akui kesilapan luar jangkaan


SAFAWI Rasid (tengah) ketika menjalani latihan ringan menjelang menentang Myanmar pada saingan Piala AFF 2018. - Foto HAZREEN MOHAMAD

Safawi akui kesilapan luar jangkaan


KUALA LUMPUR: Pemain sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid mengakui bertindak di luar jangkaan terhadap penyokong Harimau Malaya selepas perlawanan Kumpulan A Piala AFF menentang Vietnam di Hanoi, Jumaat lalu.



Safawi didakwa menunjukkan isyarat lucah selepas dia dipercayai kurang senang dengan tindakan seorang penyokong negara susulan kekalahan 0-2 Harimau Malaya kepada Vietnam.



Sambil mengakui kesilapannya, tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, insiden itu memberikan pengajaran berguna kepadanya.




“Selepas ini saya perlu lebih berhati-hati dengan apa yang saya buat. Pemain senior pun ada memberi nasihat kepada saya dan saya akan ambil serius mengenai kesilapan itu.



“Kami (pemain) tiada apa-apa masalah dengan penyokong. Mungkin ketika itu saya berada dalam keadaan marah dan bertindak di luar jangkaan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai hari ini.



Insiden kelakuan Safawi itu tersebar di media sosial sejak kelmarin dan dia sudah membuat permohonan maaf dengan kes itu sudah dianggap selesai.



Safawi belum menemui sentuhan jaringan sepanjang Piala AFF kali ini walaupun beraksi cemerlang dalam beberapa aksi persahabatan sebelum kejohanan itu.



Justeru, bintang muda berusia 21 tahun itu berharap dapat menamatkan kemarau gol pada aksi terakhir Kumpulan A berdepan Myanmar di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.



“Saya rasa belum sampai rezeki saya lagi untuk menyumbang gol pada Piala AFF. Insya-Allah untuk perlawanan keempat berdepan Myanmar nanti saya akan cuba menjaringkan gol.



“Bukan saya saja, tapi semua pemain akan buat yang terbaik untuk mendapatkan keputusan positif,” katanya.


- bharian.com.my
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog