Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 18 November 2018

E-Sukan perkukuh sektor pelancongan negara

E-Sukan perkukuh sektor pelancongan negara




Syed Saddiq bersama penganjur dan penaja selepas sidang media KL Major E-Sports' di Axiata Arena Bukit Jalil.
 Acara sukan permainan siber yang pertama kali dianjurkan di negara ini bermula pada 9 November lalu dan acara kemuncaknya bermula semalam hingga 18 November.
 - Foto Bernama


E-Sukan mampu beri impak positif dalam mengukuhkan lagi sektor pelancongan negara pada masa depan.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pertandingan Dota 2 (The Kuala Lumpur Major) yang berjaya menarik minat ribuan peminat E-sukan tempatan dan luar negara, mencerminkan daya tarikan yang ada pada sukan berasaskan permainan video itu.



“Kalau dilihat ramai (peminat) yang datang bukan dari Malaysia. Ia boleh meningkatkan kunjungan pelancong ke Malaysia, dan pada masa sama mempromosi negara, menarik minat khususnya golongan anak muda di Asean

“Mereka (golongan muda Asean) komuniti yang kita nak tarik supaya mereka lebih kenal Malaysia dan ingin datang ke sini banyak kali,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meluangkan masa meninjau pameran di The KL Major di sini, semalam.

Syed Saddiq turut memberi bayangan pertandingan e-sukan akan terus dianjurkan di negara pada masa depan.

“Ini kali pertama dan saya rasa ia bukan kali terakhir. Kita nak bawa lagi banyak pertandingan e-sukan peringkat antarabangsa di Malaysia kerana ia dapat menarik minat bukan sahaja penyertaan rakyat Malaysia tetapi dari luar negara,” katanya.

Mengenai pembangunan e-sukan negara, beliau menegaskan kerajaan komited memastikan e-sukan tidak terpinggir dan terus diberikan perhatian dengan beberapa pelan yang telah dirangka.

Beliau menggariskan tiga perkara utama yang dititikberatkan dalam merangka pelan pembangunannya iaitu memperkasa Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM), menjalin hubungan strategik dengan syarikat berasaskan permainan video dan mewujudkan liga e-sukan bermula dari peringkat bawah. .- Bernama
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog