Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 19 November 2018

TCFC 'diharamkan' ke Liga Perdana


KEVIN Ramalingam - Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR

TCFC 'diharamkan' ke Liga Perdana



KUALA LUMPUR: Juara Piala FAM musim ini, Terengganu City FC (TCFC) terpaksa berputih mata apabila tidak boleh beraksi dalam Liga Perdana musim depan.



Meskipun mendapat tiket automatik selaku juara Piala FAM namun masalah kewangan dan ‘kedegilan’ pasukan itu melunaskan tunggakan gaji menyebabkan mereka tidak dibenarkan menyertai saingan divisyen dua itu.



Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam ketika dihubungi Sukan NSTP, hari ini.




“FAM sebelum ini mencadangkan nama dua pasukan untuk beraksi di Liga Perdana dan seperti kelazimannya, ia pasukan juara dan naib juara Piala FAM.



“Namun kali ini, kami mendapat surat yang mana FAM tidak mencadangkan TCFC untuk dinaikkan pangkat susulan masalah tunggakan gaji yang dihadapi pasukan itu.



“Pada pandangan MFL, kami juga bersetuju supaya pasukan berdepan masalah tidak dinaikkan liga dan menjadi tanggungjawab kami untuk tidak membenarkan pasukan sebegini beraksi.



“Jika di saingan Piala FAM pun mereka sudah berdepan masalah, saya khuatir mereka akan terus dibelenggu masalah sama di Liga Perdana yang sudah tentu memerlukan perbelanjaan lebih besar,” kata Kevin.



Terdahulu, TCFC terpalit masalah tunggakan gaji apabila 11 pemain pasukan itu menuntut hak mereka membabitkan nilai tunggakan sebanyak RM321,700.



Mereka perlu menjelaskan tunggakan itu dalam tempoh 30 hari dan kegagalan berbuat demikian membolehkan FAM memotong apa-apa deposit penyertaan pertandingan, hadiah wang tunai atau apa sahaja kewangan responden yang masih berbaki untuk dibayar terus kepada pengadu.



Sebagai rekod, TCFC meraih kejuaraan Piala FAM selepas menundukkan Selangor United 2-0 pada final di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, September lalu.


- bharian.com.my
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog