Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 22 November 2018

Tagih semangat pemain ke-12


TIMBALAN Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi. - Foto Khairunisah Lokman

Tagih semangat pemain ke-12



NILAI: Skuad bola sepak kebangsaan sangat menagih sokongan padu seluruh penyokong dalam menjayakan misi wajib menang ke atas Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.



Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi berkata, sokongan penyokong yang dianggap sebagai pemain ke-12 Harimau Malaya mampu memberi impak besar terhadap moral anak buah Tan Cheng Hoe bagi mengharungi aksi hidup mati itu.



ADVERTISING


Malah, beliau menjelaskan setakat ini sudah lebih 40,000 tiket yang terjual dan ia membuktikan petanda positif betapa stadium bakal dipenuhi penyokong Harimau Malaya.




"Ini adalah perlawanan hidup mati kedua-dua pasukan dengan Myanmar hanya perlu seri dan tekanan mungkin lebih terarah kepada kita. Malah, bila bermain di Bukit Jalil kita jangka penyokong Myanmar pun ramai akan hadir.



"Jadi, kita harap seluruh penyokong Harimau Malaya dapat memenuhi stadium dan memberi sokongan kerana semua pemain sangat mengharapkan sorakan daripada penyokong untuk menaikkan lagi moral mereka.



"Memang ini perlawanan yang sukar tapi dengan kehadiran penyokong yang ramai, saya percaya Harimau Malaya akan lebih menyerlah seterusnya meraih kemenangan," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), hari ini.



Bermula esok, penyokong hanya boleh mendapatkan tiket di stadium hingga hari perlawanan dengan kira-kira 40,000 baki tiket akan dijual di Bukit Jalil dan tiada lagi penjualan di Wisma FAM atau secara online.



Selain itu, Yusoff yang juga pengurus pasukan mengingatkan barisan pemain untuk tidak lagi melakukan kesilapan mudah hingga boleh menyebabkan impian ke separuh akhir berkubur di gelanggang sendiri.



"Saya melihat aksi Myanmar lawan Vietnam kelmarin dan dari segi kekuatan pasukan sebenarnya mereka tidak banyak berbeza dengan kita.



"Kita cuma perlu perbaiki kesilapan terutama di bahagian pertahanan kerana saya fikir tiada masalah untuk memenangi perlawanan ini.



"Saya percaya jurulatih juga sudah ada perancangan kerana jika melihat kemahiran individu, semua pemain kita sangat bagus dan mampu bersaing," katanya.


- bharian.com.my
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog