Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 23 November 2018

Juara Piala Malaysia kurang peruntukan


MENTERI Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pekerja LAP ke-15 di Ipoh, hari ini. - Foto Abdullah Yusof

Juara Piala Malaysia kurang peruntukan



IPOH: Kerajaan Perak akan mengurangkan peruntukan atau tajaan daripada agensi kerajaan dan badan berkanun kepada pasukan bola sepak negeri itu musim depan walaupun skuad The Bos Gaurus berjaya menjuarai Piala Malaysia.



Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, langkah itu turut membabitkan penaja utamanya Lembaga Air Perak (LAP).




“Kami akan bincangkan mengenai peruntukan daripada LAP kepada pasukan bola sepak Perak dalam mesyuarat lembaga pengarah LAP pada 6 Disember ini, tapi saya berhasrat mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan pasukan bola sepak.




“Namun kita perlu sedar bola sepak sukan yang diminati ramai lagipun Perak akan mewakili negara beraksi pada playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan,” katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pekerja LAP ke-15, di sini hari ini.



Ahmad Faizal berharap Perak dapat melepasi peringkat playoff dan perkara itu sudah tentu memerlukan perbelanjaan lebih berbanding musim sebelum ini.





“Jadi kami akan kaji perkara ini (peruntukan) dan apa juga tajaan daripada LAP kami akan pastikan ia tidak membebankan,” katanya



- bharian.com.my
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog