Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 26 November 2018

595 BELIA DAPAT TAWARAN KERJA DALAM KARNIVAL KEUSAHAWANAN & PEKERJAAN SABAH

595 BELIA DAPAT TAWARAN KERJA DALAM KARNIVAL KEUSAHAWANAN & PEKERJAAN SABAH





Mohd Shafie melawat beberapa agensi yang menyertai Karnival Keusahawanan & Pekerjaan Sabah 2018. – Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Lebih 6,000 pencari pekerjaan berumur 21 ke atas mendaftar dalam Karnival Keusahawanan dan Pekerjaan Sabah 2018 selama dua hari di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Daripada jumlah itu, seramai 2,117 orang telah membuat permohonan secara terus dengan majikan syarikat-syarikat dalam karnival itu dan sebanyak 595 orang berjaya mendapatkan pekerjaan menerusi temuduga terbuka.


Mohd Shafie (dua dari kiri) menyerahkan surat tawaran biasiswa tajaan kepada salah seorang penerima sumbangan oleh agensi dan syarikat swasta yang menyertai karnival tersebut. – Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri mengalu-alukan penganjuran program itu kerana ia selaras dengan janji kerajaan untuk mencari sebanyak mungkin peluang pekerjaan bagi mengelak pengangguran dalam kalangan belia di Sabah.

“Syabas kepada pihak penganjur dan agensi-agensi yang terlibat menjayakan karnival selama dua hari ini dan kita yakin ia banyak memberikan ruang kepada belia merebut peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

“Hari ini kita dapat melihat lebih 6,000 pencari pekerjaan berkunjung ke karnival ini. Ia merupakan satu usaha yang cukup menggalakkan, namun di samping itu kita juga menyeru para belia kita mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Karnival Keusahawanan dan Pekerjaan Sabah 2018 di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata kerajaan juga menyediakan beberapa kemudahan daripada kewangan yang ada sama ada berbentuk pinjaman dan geran kepada para peniaga untuk membolehkan mereka mencipta peluang pekerjaan.

Katanya dalam belanjawan negeri baru-baru ini beliau menegaskan bahawa peruntukan tersebut digunakan adalah bagi membangunkan pelbagai sektor-sektor perkilangan dan pembuatan yang manfaatnya diperolehi sepenuhnya oleh rakyat Sabah.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan akan menarik pengusaha pekilang perabot terkemuka negara yang beroperasi di Semenanjung untuk melabur ke Sabah.

“Esok saya akan bertemu beberapa (pengusaha) kilang perabot di Semenanjung dan saya telah minta Teresa kok (Menteri Industri Utama) untuk menganjurkannya. Kita menggalakkan mereka membuka cawangan di Sabah kerana mereka punyai rangkaian lengkap dan pasaran luas.

“Kalau kita mula dengan kilang perabot sendiri, kita tidak tahu bagaimana pasaran, kualiti perabot bagaimana untuk tentukan. Jadi kalau sudah ada yang sedia, kita galakkan mereka masuk ke Sabah dan mereka boleh melabur ke sini,” katanya. – SabahNewsToday
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog