Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 26 November 2018

Harga tiket separuh akhir rendah berbanding 2014


SETIAUSAHA Agung FAM, Stuart Ramalingam. - Foto Eizairi Shamsudin

Harga tiket separuh akhir rendah berbanding 2014



KUALA LUMPUR: Bagi memastikan kehadiran penyokong penuh pada separuh akhir pertama Piala AFF Sabtu ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket lebih rendah iaitu RM30 bagi tempat duduk terbuka berbanding RM40 pada saingan peringkat sama, empat tahun lalu.



Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, harga tiket RM30 itu bagaimanapun berbeza dengan RM20 yang dinikmati penyokong skuad Harimau Malaya ketika aksi peringkat kumpulan.



“Jika diimbau semula empat tahun lalu, harga tiket bagi separuh akhir pertama Piala AFF, Malaysia bertemu Vietnam di Stadium Shah Alam ketika itu adalah RM40 bagi tempat duduk terbuka dan RM10 bagi tiket kanak-kanak.




“Biarpun berlaku peningkatan kos memandangkan FAM terpaksa membayar sewa stadium serta kos lain berkaitan pengelolaan perlawanan yang semakin meningkat, FAM memilih untuk menyerap kos tambahan itu supaya ia tidak terlalu membebankan penyokong Harimau Malaya yang akan hadir ke stadium Sabtu ini.



“Justeru harga tiket bagi separuh akhir pertama ditetapkan RM30 bagi tempat duduk terbuka (RM10 lebih murah berbanding 2014) dan RM5 bagi tiket kanak-kanak (RM5 lebih murah berbanding 2014).



“Satu lagi kategori tiket yang diperkenalkan kali ini adalah tiket RM40 bagi tempat duduk grandstand,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.



Pada aksi terakhir Kumpulan A menentang Myanmar di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi menyaksikan kira-kira 83,000 penyokong Harimau Malaya membanjiri segenap tempat duduk dengan anak buah Tan Cheng Hoe berjaya menewaskan lawan 3-0 untuk bergelar naib juara kumpulan sekali gus mara ke separuh akhir.



Malah, rekod kehadiran itu juga adalah yang tertinggi pada edisi kali ini untuk memadamkan catatan yang dicatat di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi dengan 40,000 penyokong ketika aksi antara Vietnam dan Malaysia pada 16 November lalu.



Jelas Stuart, memandangkan tiket akan dicetak di Bangkok oleh syarikat yang dilantik AFF, maka FAM hanya akan mula membuka kaunter jualan pada Khamis ini di perkarangan Stadium Nasional.



“FAM dimaklumkan tiket yang siap dicetak itu hanya akan tiba di Kuala Lumpur pada malam Rabu sekali gus ia hanya boleh mula dijual secara fizikal pada pagi Khamis ini, jika tiada sebarang kelewatan penerimaan tiket itu.



“Bagaimanapun, FAM mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan penyokong bagi membeli tiket lebih awal dengan penjualan secara online di www.tickethotline.com.my yang akan mula dibuka esok.



“Penyokong kemudian boleh menebusnya di kaunter penebusan tiket di Bukit Jalil yang akan dibuka bermula Khamis ini hingga hari perlawanan,” katanya.


- bharian
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog