Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 28 November 2018

Hak kami dicuri - Sulaiman Hussin

Baca Juga:
Neymar, Ronaldo antara 20 pemain terbaik Brazil sepanjang zaman, siapa di tangga pertama? 
UKM FC sah tidak sertai Liga-M 2019 
Keputusan Liga Juara-Juara 
Kami tidak gerun dengan Bukit Jalil - jurulatih Thailand 
Shahrel bocor rahsia Thailand  
Safiq mungkin kembali ke pangkuan Selangor
Kelibat Eki mampu beri kelebihan kepada Harimau Malaya berdepan Thailand 
Hadi kian selesa di Okayama




SULAIMAN Hussin

Hak kami dicuri - Sulaiman Hussin


KUALA LUMPUR: "Pasukan macam Pulau Pinang yang ada masalah gaji boleh pula dibenarkan bermain, tetapi kami dinafikan hak hanya kerana isu kecil membabitkan pengesahan," itu kata pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin yang menganggap pasukannya seolah dianiaya oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas dihalang beraksi di Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.



Katanya, keputusan Lembaga Pengarah Liga MFL yang menolak permohonan UKM FC untuk bertanding bukan saja 'merampas' hak mereka yang bertungkus lumus di Liga Perdana musim ini, malah ia turut menjejaskan periuk nasi pemain.



"Pertama, kami adalah pasukan yang layak beraksi di Liga Perdana selepas menamatkan kedudukan di tangga ketujuh liga selain mara ke final Piala Cabaran musim ini," katanya ketika dihubungi hari ini.



"UKM FC mempunyai tatacara kerja mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan. Kami bukan saja perlu mendapatkan pengesahan Naib Canselor tetapi kami juga perlu melalui Lembaga Pengarah UKM yang bertukar tiga kali untuk tahun ini sahaja.



"Sepatutnya MFL sendiri harus menghubungi pihak Lembaga Pengarah UKM untuk mendapat pengesahan pasukan dan bukannya menghukum kami dengan cara begitu. Kesalahan kami bukannya besar kalau nak dibandingkan dengan pasukan yang gagal melunaskan gaji pemain," katanya.



Terdahulu, MFL memberi tempoh selama tujuh hari kepada pengurusan UKM FC untuk mengemukakan rayuan atas kegagalan mengesahkan penyertaan mereka yang berakhir pada 15 November lalu.



Bagaimanapun, rayuan skuad The Varsity Boys itu ditolak oleh Lembaga Pengarah MFL selepas mendapati rayuan yang dikemukakan tidak mengandungi maklumat baru mengenai permohonan penangguhan selain daripada yang dikemukakan dalam permohonan awal.



"Kesian pada pemain. Kebanyakan pemain adalah pelajar dan dari golongan biasa, dengan bola sepak inilah mereka dapat duit poket untuk beli buku, makanan dan membayar yuran. Bila jadi macam ini, mereka semua kecewa dan hilangmata pencarian," katanya.

- BHARIAN
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog