Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 27 November 2018

Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa'-i Khusus Untuk Wanita

Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa'-i Khusus Untuk Wanita




Baca Juga:  
Hadi kian selesa di Okayama
Adisak ancaman terbesar Malaysia 
Christie cari pasukan baru
Rumors Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2019 
Kim Swee panggil anak Scott Ollerenshaw  
Hukumlah tapi jangan abai gaji kami
Sabah tuan rumah Empat Penjuru Jemputan Asean 
Sabah juara Piala Agong 2018 
Beli bekas penyimpanan 390 pound tapi dapat wang tunai 5.8 juta pound 

SERDANG, Selangor, 25 Nov (Bernama) -- Agrobank hari ini melancarkan Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa’-i khusus untuk agropreneur wanita (usahawan tani wanita). Majlis perasmian Agro Nisaa’-itelah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan A, MAEPS sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa 2018 (MAHA 2018) yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Agro Nisaa’-i ini merupakan kemudahan pembiayaan mikro yang disediakan khusus untuk usahawan wanita bagi mengembangkan perniagaan berasaskan pertanian dan industri asas tani. Agro Nisaa’-i ini menggabungkan tiga (3) konsep utama iaitu pembinaan asas disiplin kredit, pengeluaran pembiayaan yang berterusan dan pemantauan yang konsisten serta sistematik.


- BERNAMA
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog