Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 1 Disember 2018

Bahagian Tengah Pasukan Sabah harus diatasi segera Liga Malaysia musim 2019

Bahagian Tengah Pasukan Sabah harus diatasi segera Liga Malaysia musim 2019

Photo: Sabah FA

Rhinos tidak  pernah ketandusan bakat bola sepak seperti James Wong, Peter Rajah, Hasan Sani, Matlan Marjan dan ramai lagi. Bakat tempatan ini lahir dari pelusuk kampung daerah Sabah yang mana diasah bakat sejak kecil lagi.
Sebagai contoh adik kepada Matlan Marjan, Zainizam Marjan yang beraksi diposisi penyerang telah pernah dipanggil menjalani latihan pusat kebangsaan. Dan sekarang ini telah lahir bakat baru yang menggantikan orang-orang lama seperti Rawilson Batuil, Azizan Nordin, Maxius Musa, Sabri Sahar dan ramai lagi pemain muda yang mampu pergi jauh.

Tetapi apa yang membimbangkan adalah kekurangan pemain tengah yang betul-betul berpengaruh, yang mampu mengawal tempo permainan dan mempunyai skill kawalan bola yang menarik. Pada musim 2018 saingan Liga Perdana posisi inilah yang menjadi masalah utama Sabah dan telah digunakan sepenuhnya kelemahan ini ketika menentang Perak di separuh akhir Piala Malaysia. Gandingan Azizan Nordin dan Sabri Sahar tenggalam sepanjang permainan khususnya di separuh akhir pertama di Ipoh, Perak.

Azizan Nordin dan Sabri Sahar juga pemain yang baik tetapi ketika menentang pasukan yang meletakkan lima pemain tengah, maka pergerakan kedua-dua pemain ini terbatas. Pemain muda Ricco telah diturunkan di perlawanan kedua separuh akhir di Likas dan beraksi dengan sangat baik. Jika pemain ini digilap dia boleh menjadi pemain yang penting oleh pasukan Rhinos dan mampu menyumbangkan sesuatu kepada pasukan.

Bagi mengharungi saingan Liga Perdana musim 2019, saya melihat kelemahan ini haruslah diatasi jika mahu layak ke Liga Super 2020. Pembelian yang membazirkan kepada awang import di bahagian tengah tidak banyak membantu pasukan. Safa harus mencari jalan yang sesuai bagi mengatasi masalah ini. Saya melihat juga ada ramai pemain muda dari skuad Sabah U21 dan U19 yang boleh diketengahkan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog