
SAFEE Sali. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Safee tidak kembali ke Selangor
Baca Juga:
Hak kami dicuri - Sulaiman Hussin
Neymar, Ronaldo antara 20 pemain terbaik Brazil sepanjang zaman, siapa di tangga pertama?
UKM FC sah tidak sertai Liga-M 2019
Keputusan Liga Juara-Juara
Kami tidak gerun dengan Bukit Jalil - jurulatih Thailand
Shahrel bocor rahsia Thailand
Safiq mungkin kembali ke pangkuan Selangor
Kelibat Eki mampu beri kelebihan kepada Harimau Malaya berdepan Thailand
Hadi kian selesa di Okayama
KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali mengesahkan dia tidak akan kembali menyertai pasukan negeri kelahirannya Selangor musim depan.
Pemain berusia 34 tahun itu mengakui namanya tiada dalam perancangan jurulatih baharu Red Giants, B Satiananthan seperti yang digembar-gemburkan sesetengah penyokong di media sosial kebelakangan ini.
“Saya tidak mungkin ke Selangor kerana sudah dimaklumkan saya tiada dalam perancangan mereka,” kata Safee yang sudah tamat kontrak bersama PKNS FC selepas dua musim bersama kelab itu.
Sebelum ini timbul spekulasi yang mengaitkan Safee akan kembali semula ke Selangor selepas kali terakhir menyarung jersi Merah Kuning pada musim 2006-2010.
Dia meninggalkan skuad Red Giants ketika zaman kemuncaknya untuk berhijrah ke kelab Indonesia Pelita Jaya FC selepas membantu Harimau Malaya menjuarai Piala AFF 2010.
Safee yang pernah menjulang trofi Liga Super 2009 dan 2010 bersama Selangor dan 2014, 2015, 2016 dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui kini terbuka dengan sebarang rundingan bersama pasukan lain.
“Sebelum ini ada berbincang dengan beberapa pasukan tapi belum ada yang serius jadi saya masih terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pasukan berminat.
“Berdasarkan keupayaan ketika ini, saya percaya masih lagi boleh bersaing di peringkat kompetitif,” katanya.
- BHARIAN
0 comments:
Catat Ulasan