Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 28 November 2018

Neymar, Ronaldo antara 20 pemain terbaik Brazil sepanjang zaman, siapa di tangga pertama?

Neymar, Ronaldo antara 20 pemain terbaik Brazil sepanjang zaman, siapa di tangga pertama?




Neymar tersenarai antar 20 pemain terbaik Brazil

DINOABATKAN sebagai juara Piala Dunia FIFA sebanyak lima kali, Brazil bukanlah calang-calang pasukan.
Baca Juga:
UKM FC sah tidak sertai Liga-M 2019 
Keputusan Liga Juara-Juara 
Kami tidak gerun dengan Bukit Jalil - jurulatih Thailand 
Shahrel bocor rahsia Thailand  
Safiq mungkin kembali ke pangkuan Selangor
Kelibat Eki mampu beri kelebihan kepada Harimau Malaya berdepan Thailand 
Hadi kian selesa di Okayama

Malah, Brazil sendiri sudah menghasilkan ramai pemain hebat bertaraf antarabangsa yang menjadi pujaan peminat bola sepak di seluruh dunia.



Portal Goal.com baru-baru ini membuat senarai 20 pemain terhebat Brazil bagi meraikan bintang-bintang ternama kelahiran negara itu.


Seperti yang dijangka, Pele berada di tangga pertama.


Pele yang dikenali sebagai raja bola sepak Brazil membantu pasukan itu memenangi Piala Dunia pada tahun 1958, 1962, dan 1970.


 
Pele antara legenda bola sepak paling terkenal di dunia. FOTO: CNN.


Di tangga kedua ialah Garrincha. Pemain genius ini pernah mewakili Brazil dalam perlawanan Piala Dunia pada 1958 dan 1962.


Pemain ini meninggal dunia pada usia 49, pada 1983.


Satu lagi nama yang tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak, Ronaldo, berada di tangga ketiga.


Selain pasukan Brazil, Ronaldo pernah bermain untuk pasukan Barcelona, Inter, Real Madrid dan AC Milan.




Ronaldo. FOTO: Pinterest.


Malah, Ronaldo mencatatkan sumbangan 62 jaringan untuk Brazil dan 400 untuk keseluruhan kerjayanya.


Kedudukan keempat disandang oleh Socrates.


Socrates pernah mewakili Brazil dalam Piala Dunia pada 1982 dan 1986.


Pemain ini bagaimanapun sudah meninggal dunia pada 2011.


Tangga kelima pemain terbaik Brazil disandang oleh Zico.


Dia mewakili negara itu ke Piala Dunia pada 1982 dan 1986.


Sepanjang bermain untuk pasukan kebangsaan, Zico membantu mereka memenangi 12 kejuaraan utama termasuklah Copa Libertadores and Intercontinental Cup.


Berikut merupakan senarai penuh 20 pemain terbaik Brazil.

1. Pele

2. Garrincha

3. Ronaldo

4. Socrates

5. Zico

6. Ronaldinho

7. Falcao

8. Romario

9. Neymar

10. Jairzinho

11. Cafu

12. Didi

13. Tostao

14. Rivelino

15. Carlos Alberto Torres

16. Roberto Carlos

17. Rivaldo

18. Marcelo

19. Claudio Taffarel

20. Gerson


Senarai ini disusun berdasarkan beberapa aspek seperti kejayaan menerusi pasukan kebangsaan dan kelab serta beberapa faktor lain.- Goal.com.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog