
ANTARA peminat beratur untuk membeli tiket separuh akhir Piala AFF bagi pusingan pertama perlawanan diantara Malaysia menentang Thailand di Stadium National Bukit Jalil. - NSTP/Azhar Ramli
Tiket aksi Malaysia-Thailand licin
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan semua 80,000 tiket separuh akhir pertama Piala AFF antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini sudah habis dijual.
Baca Juga:
Joseph Kalang Tie belum ada pasukan
Cheng Hoe mahu pemain ubah mentaliti
Tiga kelab diminta lunas tunggakan gaji
JDT intai bintang import ketiga
JDT sahkan ikat dua pemain import
Serang habis-habisan - Ramli
Safee tidak kembali ke Selangor
Hak kami dicuri - Sulaiman Hussin
Berdasarkan maklumat daripada badan induk itu, sebanyak 30,000 tiket dijual di kaunter stadium manakala 10,000 dijual di cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic, hari ini.
Semalam, FAM sudahpun mengesahkan sebanyak 40,000 tiket yang dijual secara online habis dijual sekali gus menyaksikan Bukit Jalil sekali lagi bakal dibanjiri dengan penyokong Harimau Malaya.
"Untuk makluman semua, tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF antara Malaysia dan Thailand, Sabtu ini yang dijual secara fizikal di kaunter tiket Stadium Nasional bermula 10 pagi tadi sudah pun habis terjual.
"FAM turut dimaklumkan bahawa tiket yang dijual di cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic sejak pagi tadi juga habis terjual.
"Ini bermakna, kesemua 80,000 tiket yang diperuntukkan termasuk 40,000 tiket yang dijual secara online pada Isnin dan Selasa lalu kini sudah pun habis terjual," kata FAM dalam kenyataan, hari ini.
Pada aksi terakhir Kumpulan A antara Malaysia dan Myanmar di gelanggang sama, Sabtu lalu, penyokong Harimau Malaya mencipta rekod tertinggi sepanjang Piala AFF kali ini apabila mencatat 83,777 kehadiran penonton.
- BHARIAN
0 comments:
Catat Ulasan