Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 27 November 2018

Akram optimis sentuhan ajaib Cheng Hoe


AKSI Akram Mahinan (kiri) ketika menentang Myanmar pada saingan peringkat kumpulan AFF Suzuki Cup 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 November lalu. - Foto ASYRAF HAMZAH

Akram optimis sentuhan ajaib Cheng Hoe

Baca Juga:
Shahrel bocor rahsia Thailand  
Safiq mungkin kembali ke pangkuan Selangor
Kelibat Eki mampu beri kelebihan kepada Harimau Malaya berdepan Thailand 
Hadi kian selesa di Okayama
Adisak ancaman terbesar Malaysia 
Christie cari pasukan baru
Rumors Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2019 
Kim Swee panggil anak Scott Ollerenshaw  
Hukumlah tapi jangan abai gaji kami
Sabah tuan rumah Empat Penjuru Jemputan Asean 
Sabah juara Piala Agong 2018 
Beli bekas penyimpanan 390 pound tapi dapat wang tunai 5.8 juta pound


NILAI: Magis ketua jurulatih skuad bola sepak negara, Tan Cheng Hoe sekali lagi ditagih bagi memastikan bekalan selesa mampu diraih pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.



Tonggak tengah skuad Harimau Malaya, Akram Mahinan yakin Cheng Hoe yang juga bekas jurulatihnya ketika di Kedah mempunyai sentuhan 'ajaib' untuk memastikan Malaysia mampu mengatasi skuad Gajah Perang dalam pertemuan itu.



Lantas, dia berharap rakan sepasukan akan mengikuti segala arahan Cheng Hoe yang dijangka melakukan beberapa perubahan dalam permainan.



"Ia, saya sudah lama mengenali jurulatih sejak di Kedah lagi. Saya tahu beliau mempunyai sentuhan istimewa yang boleh menyusun strategi terbaik bagi menghadapi aksi menentang Thailand nanti.



“Kita akan mengintai dan mencari kelemahan lawan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Saya harap kami mampu melakar satu lagi kejutan untuk menang selepas menang dengan Myanmar,” kata Akram.



Malaysia berdepan laluan sukar selepas dijadualkan menentang juara bertahan, Thailand pada aksi separuh akhir kempen Piala AFF kali ini.



Thailand mara ke separuh akhir selepas menang selesa 3-0 ke atas Singapura pada aksi terakhir kumpulan B di Stadium Rajamangala, Bangkok, sekali gus muncul juara kumpulan.



Malaysia pula mara ke separuh akhir selaku naib juara kumpulan A selepas menang selesa 3-0 ke atas Myanmar pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.



Perlawanan separuh akhir kedua berlangsung di Bangkok pada 5 disember.


- BHARIAN






Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog