Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 29 November 2018

Siapa lagi kebal?


PEMAIN sayap skuad bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid (kanan) dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak (dua dari kanan) ketika menjalani latihan bersama pasukannya sempena perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 di padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). - Foto BERNAMA


Siapa lagi kebal?



KUALA LUMPUR: Ketika perhatian lebih terarah kepada persaingan antara dua peledak berbisa - Norshahrul Idlan Talaha dan Adisak Kraisorn - kekebalan benteng Malaysia dan Thailand juga bakal menjadi aspek yang menarik untuk disaksikan menjelang aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Baca Juga:
Strategi Rajevac jadikan Thailand lebih sistematik 
Tiket aksi Malaysia-Thailand licin 
Joseph Kalang Tie belum ada pasukan 
Cheng Hoe mahu pemain ubah mentaliti 
Tiga kelab diminta lunas tunggakan gaji 
JDT intai bintang import ketiga 
JDT sahkan ikat dua pemain import 
Serang habis-habisan - Ramli 
Safee tidak kembali ke Selangor 
Hak kami dicuri - Sulaiman Hussin 

Soalnya siapa yang bakal menjadi 'kereta kebal' buat Malaysia untuk merantai pergerakan Adisak dan siapa pula akan menjadi 'perisai' Thailand bagi menyekat kemaraan Norshahrul atau Mat Yo.



Melihat kepada prestasi semasa, tugas berat buat benteng Harimau Malaya kemungkinan bakal dipikul pemain terbaik aksi terakhir peringkat Kumpulan A berdepan Myanmar, Sabtu lalu iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak.


Pengalaman pemain berusia 31 tahun itu pasti menjadi sandaran utama buatnya mengawasi setiap pergerakan Adisak yang dianggap mesin gol paling berbahaya skuad Gajah Perang sepanjang Piala AFF kali ini.



Malah, jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui pemain berusia 27 tahun yang sudah meledak lapan gol sepanjang kejohanan tidak boleh diberi ruang walaupun sedikit.



"Kita tahu pemain mereka terutama Adisak cukup berbahaya kerana walaupun dapat peluang sedikit saja, dia boleh menjaringkan gol," kata Cheng Hoe.



Justeru, Aidil dilihat perlu memainkan peranan penting bersama seorang lagi pemain pertahanan tengah negara, Shahrul Saad dalam membina benteng utuh bagi mengelak dibocori lawan.



Berdasarkan statistik selepas empat perlawanan, kekuatan benteng Harimau Malaya dan Gajah Perang tampak seimbang apabila masing-masing hanya melepaskan tiga gol.



Norshahrul yang juga penjaring terbanyak Harimau Malaya ketika ini juga bakal menerima nasib sama seperti Adisak apabila pemain Pahang itu bakal menjadi sasaran untuk dirantai pertahanan Thailand.



Mat Yo mungkin berdepan kawalan ketat daripada pemain berpengalaman yang juga kapten skuad Gajah Perang, Chalermpong Kerdkaew.



Bagaimanapun,Chalermpong berdepan sedikit masalah apabila segala rahsia kekuatan dan kelemahan pemain berusia 32 tahun itu mungkin sudah dihidu seorang lagi penyerang negara yang juga rakan sepasukannya di Nakhon Ratchasima FC, Shahrel Fikri Fauzi.



Biarpun tidak boleh dijadikan sandaran sepenuhnya, tapi rahsia Chalermpong yang mungkin sudah didedahkan Shahrel sedikit sebanyak menjadi 'senjata' buat jentera serangan negara melepasi benteng Gajah Perang.


- BHARIAN






Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog