Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 25 November 2018

Fokus misi separuh akhir - Cheng Hoe


CHENG Hoe ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTRP/Asyraf Hamzah

Fokus misi separuh akhir - Cheng Hoe


KUALA LUMPUR: Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui kemenangan 3-0 ke atas Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan A, Piala AFF untuk mara ke separuh akhir meredakan tekanan yang ditanggung anak buahnya.




Katanya, dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi, pemainnya berjaya menyerap tekanan selepas mengalami kekalahan 0-2 kepada Vietnam, pada perlawanan sebelum ini.



“Saya fikir keputusan ini melegakan pemain apabila sepanjang minggu ini mereka hanya memikirkan untuk mencari kemenangan.



“Dalam latihan, pemain tertekan dan kami kena terus memberi motivasi supaya mereka pemain mengubah permainan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan, sebentar tadi.



Dalam perlawanan yang disaksikan lebih 80,000 penyokong itu, jaringan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha minit ke-26, serta kapten, Zaquan Adha Abd Radzak (m-45, m-87) membolehkan Malaysia muncul naib juara Kumpulan A.



Malaysia mengutip sembilan mata, ketinggalan satu mata di belakang Vietnam (10 mata).



Cheng Hoe yang menjadi penolong jurulatih, Datuk K Rajagobal ketika Malaysia menjulang trofi Piala AFF 2010, mahu semua pemainnya kekal fokus untuk berdepan lawan di peringkat separuh akhir secara timbal balik bermula 1 Disember ini.



“Amat penting untuk kami mendahului dalam permainan tadi untuk memberi keyakinan kepada pemain.



“Walaupun sudah layak ke separuh akhir, kami masih perlu memperbaiki prestasi, kekal fokus dan bersedia untuk perlawanan seterusnya,” katanya.



Lawan skuad negara di separuh akhir hanya bakal diketahui selepas aksi terakhir Kumpulan B, yang menyaksikan perebutan dua slot membabitkan tiga pasukan teratas Filipina, Thailand dan Singapura.

- Bharian
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog