
KUALA LUMPUR 04 MAC 2018. GAMBAR fail, pemain Selangor, Joseph Kalang Tie (kiri) diasak dua pemain KL MOF FC pada perlawanan Piala FA 2018. - Foto Luqman Hakim Zubir
Joseph Kalang Tie belum ada pasukan
Baca Juga:
Cheng Hoe mahu pemain ubah mentaliti
Tiga kelab diminta lunas tunggakan gaji
JDT intai bintang import ketiga
JDT sahkan ikat dua pemain import
Serang habis-habisan - Ramli
Safee tidak kembali ke Selangor
Hak kami dicuri - Sulaiman Hussin
KUANTAN: Pemain tengah, Joseph Kalang Tie yang diketepikan Selangor sebelum ini mengesahkan akan terus beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Pemain berumur 31 tahun itu berkata, dia masih mampu memberi sumbangan kepada pasukan baharu, dan peminat akan menyaksikannya sama ada dalam saingan Liga Super atau Liga Perdana musim 2019.
"Saya percaya kepada rezeki, selagi kita ikhlas memberikan yang terbaik, tawaran daripada pasukan dalam saingan Liga Super mahupun Liga Perdana pasti ada,” kata Joseph.
"Saya berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang memberi kepercayaan untuk menyarung jersi skuad Red Giants musim ini.
"Namun saya belum menerima sebarang tawaran daripada pasukan yang berminat tetapi akan memastikan akan terus beraksi dalam Liga M musim hadapan."
Semalam, FAS mengumumkan tujuh pemain tidak akan bersama Selangor musim depan membabitkan Joseph, Norazlan Razali, Razman Roslan, Azamuddin Mohd Akil, Abdul Halim Zainal, Shahrul Igwan dan Mohd Fairuz Abdul.
Musim ini, pemain kelahiran Miri, Sarawak itu beralih ke Selangor selepas hanya semusim bersama Pahang pada tahun 2017.
- BHARIAN
0 comments:
Catat Ulasan