Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 29 November 2018

JALAN ALTERNATIF 1.5KM BAKAL DIBINA DI KENINGAU

JALAN ALTERNATIF 1.5KM BAKAL DIBINA DI KENINGAU




Rasinin (tengah) merakamkan gambar kenangan ketika menghadiri Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 bersama tetamu-tetamu jemputan dan orang ramai. Gambar SNT/Alfred Petrus


KENINGAU: Jalan alternatif sejauh 1.5 kilometer bakal dibina bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Pekan Keningau.
Baca Juga:  
Lebuhraya pan borneo platform jurutera muda tunjuk bakat 
Jual rambut demi kelangsungan hidup 
Bapa 'syaitan' rogol, liwat anak

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Rasinin Kautis berkata ia adalah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat Keningau yang melalui jalan utama ke pekan tersebut terutamanya pada waktu puncak dan musim perayaan.


“Dalam masa terdekat ini saya akan menerima kertas kerja melibatkan kos pembinaan jalan ini daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah.


“Saya telah meminta mereka untuk menyediakanya untuk saya ajukkan kepada pihak yang berkenaan,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 di Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau pada Selasa.



Rasinin (tiga kiri) menerima cendera kenangan dari Penolong Pengarah LPPKN Sabah Suszma Khairitszi Mamat. Gambar SNT/Alfred Petrus


Rasinin berkata jalan raya yang bakal dibina itu akan membantu mengurangkan kesesakkan lalu lintas kerana melalui jalan altenatif tersebut, pengguna tidak perlu melalui Pekan Keningau.


Bagaimanapun, katanya perkara berkenaan masih diperingkat cadangan dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony juga sudah dimaklumkan berkenaan masalah dan cadangan itu.


Beliau juga berharap agar cadangan tersebut dapat diluluskan oleh kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat kerana usaha berkenaan akan memberi manfaat yang besar kepada masyarakat di Pedalaman.


Pada masa sama, beliau telah berbincang dengan pihak Polis Daerah Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk membincangkan cara penyelesaian kesesakan lalu lintas di daerah tersebut.


Pihaknya mendapat cadangan yang positif daripada pihak polis untuk membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan berkesan di daerah itu buat sementara waktu. -SabahNewsToday
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog