
MILOVAN Rajevac. - Foto AFP
Strategi Rajevac jadikan Thailand lebih sistematik
KUALA LUMPUR: Pemain tengah Sanrawat Dechmitr menegaskan falsafah permainan bertahan yang diterapkan jurulatih, Milovan Rajevac menyaksikan Thailand lebih sistematik selepas berjaya meledak 15 gol pada saingan peringkat kumpulan Piala AFF.
Baca Juga:
Tiket aksi Malaysia-Thailand licin
Joseph Kalang Tie belum ada pasukan
Cheng Hoe mahu pemain ubah mentaliti
Tiga kelab diminta lunas tunggakan gaji
JDT intai bintang import ketiga
JDT sahkan ikat dua pemain import
Serang habis-habisan - Ramli
Safee tidak kembali ke Selangor
Hak kami dicuri - Sulaiman Hussin
Kejayaan itu menyaksikan skuad Gajah Perang itu meleburkan rekod sendiri apabila meledak 13 gol sepanjang saingan round robin dari 1996 sehingga 2004.
Mereka melangkah ke separuh akhir selepas hanya bolos tiga gol daripada empat perlawanan.
Di sebalik kejayaan itu, mereka bagaimanapun tetap menerima kritikan kerana dilihat terlalu bertahan, corak permainan yang menjadi keutaman Rajevic sejak menggalas tugas jurulatih pada tahun lalu.
Sanrawat yang beraksi bersama Bangkok United bagaimanapun bersetuju dengan taktikal pengendali dari Serbia itu meskipun pada awalnya mengakui tidak menggemari taktikal seperti itu.
"Sebagai pemain yang gemar beraksi secara menyerang, saya tidak faham mengapa perlu lebih beraksi secara bertahan.
"Tapi jika anda memahami mengenai jurulatih, anda akan faham beliau cuba untuk membantu posisi yang sememangnya perlu diperbaiki. Jadi, akhirnya saya menerima apa yang dilakukannya itu," kata pemain berusia 29 tahun itu.
"Corak permainan kami mungkin tidak cantik tetapi kami kini dilihat lebih sistematik sebagai sebuah pasukan.
"Kami tidak dibolosi terlalu banyak. Meskipun lawan menggandakan serangan, kami dapat melakukan serangan balas dengan baik. Inilah dimensi baru dalam bola sepak Thailand,” tambahnya.
Sanrawat menegaskan dia tidak gentar andai menjadi sasaran pada aksi separuh akhir bertemu Malaysia Sabtu ini serta Rabu depan di halaman sendiri.
"Saya tak boleh buat apa-apa kerana semuanya kini tertumpu ke arah saya. Jika rakan sepasukan lain kurang menerima kawalan dan kami kemudian menang, saya tetap menerimanya dengan baik.
"Berdasarkan jumlah gol yang dijaringkan oleh kami, penyokong seharusnya gembira. Tapi jika mereka masih mempunyai tanggapan yang negatif tiada apa yang boleh kami lakukan," katanya. - Agensi
0 comments:
Catat Ulasan