Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 26 November 2018

Hati Baddrol tetap bersama Kedah


BADDROL Bakhtiar. - NSTP/Amran Hamid

Hati Baddrol tetap bersama Kedah



ALOR SETAR: Semangat perjuangan kental bersama Kedah antara sebab pemain berpengalaman Baddrol Bakhtiar tetap memilih untuk terus kekal bersama skuad Lang Merah pada aksi Liga Malaysia musim 2019.



Menurutnya, walaupun beberapa kelab ternama sebelum ini ada menghubunginya, beliau tetap memilih Kedah kerana tidak dapat menyembunyikan perasaan semangat dan sayangnya kepada pasukan yang diwakili sejak musim 2005.



"Saya sangat terharu serta sebak apabila mengetahui penyokong Kedah masih sayangkan saya dan memberi sokongan berterusan di kala jatuh bangun pasukan selama 13 tahun saya beraksi.




“Saya juga berterima kasih kepada pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) serta ketua jurulatih Aidil Sharin yang terus memberi kepercayaan dan ingin menggunakan khidmat saya untuk musim hadapan.



"Walaupun saya mempunyai beberapa pilihan sebelum ini, terus terang saya nyatakan yang semangat perjuangan dan hati saya masih kental bersama Kedah dan keputusan ini juga juga kerana mengenangkan jasa baik pengurusan KFA Kedah selama ini."



"Semestinya saya dan juga pemain lain yang sudah diumumkan KFA tidak sabar untuk memulakan latihan dan beraksi pada musim depan di bawah kendalian jurulatih baharu, Aidil Sharin.



"Saya harap semua penyokong Hijau Kuning dapat menolak segala andaian negatif yang mampu melemahkan pasukan dan jika semua pemain, jurulatih, pengurusan dan penyokong bekerjasama dan berfikiran positif, insya-Allah sasaran seperti juara Liga Super yang diidamkan untuk musim depan mampu kita capai," katanya.


- bharian
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog