Potongan wajib PTPTN tahun depan

PELAJAR universiti yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama daripada keluarga M40 dan B40 tidak perlu membayar balik pinjaman. Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kadar potongan gaji dua peratus atau RM40 bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan RM2,000 akan dilaksanakan pada 1 Januari 2019.
Baca Juga:
JALAN ALTERNATIF 1.5KM BAKAL DIBINA DI KENINGAU
Lebuhraya pan borneo platform jurutera muda tunjuk bakat
Jual rambut demi kelangsungan hidup
Bapa 'syaitan' rogol, liwat anak
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, potongan pada kadar itu yang turut dikenakan kepada peminjam bergaji RM2,500 telah diputuskan oleh Kabinet pada minggu lalu.
“Turut dilaksana mulai Januari depan adalah pengecualian bayaran balik pinjaman yang diberikan kepada peminjam daripada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40) sekiranya mereka menamatkan pengajian dengan mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama,” kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
- bernama
0 comments:
Catat Ulasan