Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 25 November 2018

Kualiti pasukan lebih penting


SETIAUSAHA Agung FAM, Stuart Ramalingam. - Foto Mahzir Mat Isa

Kualiti pasukan lebih penting


KUALA LUMPUR: Bukan jumlah pasukan dalam Piala FAM yang menjadi ukuran sebaliknya badan induk itu melihat kestabilan sesuatu pasukan itu sebelum dibenarkan bertanding dalam saingan divisyen tiga itu.



Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam menjelaskan kualiti pasukan amatur yang akan diserap masuk ke pertandingan itu akan dinilai terlebih dahulu bagi memastikan mereka benar-benar bersedia untuk bertanding.



“Tiada guna kalau ada 14 pasukan bertanding namun di hujung musim, hanya tinggal lapan pasukan yang mana situasi ini akan mendatangkan masalah lebih besar.




“Buat masa ini, kami tidak menentukan jumlah pasukan yang akan bertanding kerana pada pandangan FAM, kami memerlukan struktur dan ekosistem yang lebih mantap dengan kualiti pasukan amatur itu perlu stabil secara keseluruhan.



“Kami juga tidak boleh memaksa mana-mana pasukan untuk bertanding tapi perlu memastikan mereka diteliti oleh FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL),” katanya.



Dalam perkembangan sama, Stuart mengesahkan FAM dan MFL sudah berbincang mengenai penstrukturan semula piramid bola sepak di negara ini sejak tiga bulan lalu dengan penekanan ketika ini diberikan terhadap Piala FAM.



“Kami berbincang kerana piramid bola sepak di negara perlulah holistik serta menyeluruh dan disebabkan isu kekurangan pasukan dalam saingan itu, perbincangan dipercepatkan sebelum menghadapi musim 2019.



“Ini masalah bersama antara FAM dan MFL. Bagaimanapun, perbincangan mengenai penstrukturan liga akan dijalankan dengan lebih mendalam meliputi semua tahap saingan,” katanya.



Sebelum ini, Liga Malaysia (Liga-M) hanya membabitkan tiga tahap bermula dengan Liga Super sebagai divisyen satu, Liga Perdana sebagai divisyen dua dan Piala FAM sebagai divisyen tiga.



Dengan hanya tiga tahap sebelum ini, dua lagi pertandingan diperkenalkan MFL musim ini bagi menambah kerancakan saingan liga tempatan iaitu Liga M4 dan M5 yang membabitkan penyertaan pasukan amatur dalam liga sosial.

- bharian
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog